Fresh Fruit Bunch (FFB) Grading
Learn more About FFB Grading

Tandan Basah
Merujuk kepada kosainan buah kelapa sawit yang mempunyai kandungan air menitis daripada muatan

Tandan Masak
tandan yang mesokarpa buah lapisan luarnya berwarna kuning oren dan mempunyai sekurang-kurangnya sepuluh soket buah relai dan lebih daripada lima puluh peritus buah masih melekat pada tandan

Tandan Terlebih Masak
Tandan terlebih masak lazimnya tandan yang mesokarpa buah lapisan luarnya berwana kuning-oren dan mempunyai:
- Sekurang-kurangnya sepuluh peritus buah masih melekat pada tandanya dan
- Lebih daripada 50% buah telah lerai daripada tandan.

Tandan Mengkal
Ialah tandan yang mesokarpa buah lapisan luarnya berwana kuning-oren dan mempunyai kurang daripada 10 soket buah relai

Tandan Muda
Adalah tandan yang mempunyai ciri-ciri berikut:
- Mesokarpa buah lapisan luarnya berwarna kuning-oren dan tidak mempunyai soket buah relai atau
- Mesokarpa buah lapisan luarnya berwarna kuning samada mempunyai soket ataupun tiada soket buah relay.

Tandan Peram
Ialah tandan muda yang disimpan atau dibiar lama selapas dituai (G6). Lazimnya salah satu atau lebih ciri-ciri Tandan Peram dikenalpasti seperti berikut:
- Tangkai tandan telah kecut dan lembut serta berwarna perang kehitaman
- Buah pada tandan telah pudar dan kecut
- Bnyak buah telah lerai dilapisan luar tandan
- Buah relai masih mempunyai kelopak rudiment androsium, atau
- Tampuk pangkal buah relai berbonjol dan berwarna perang kehitaman

Tandan Busuk
Adalah merujuk kepada tandan tidak segar atau konsainan yang mempunyai ciri-ciri berikut:
- Tandan yang tidak boleh dikelaskan tahap kemasakannya atau
- Sebahagian atau keseluruhan tandan termasuk buah relainya telah berubah warna kepada kehitaman atau berbau busuk dan berkulat.

Tandan Kosong
Ialah tandan yang lebih daripada 90% buah lerai dari tandan

Tandan Kotor
Ialah tandan yang lebih separuh daripada permukaannya dicemari oleh jirim-jirim asing seperti lumpur, pasir, amang atau batu

Tandan Lama
Ialah Tandan Masak atau Tandan mengkal yang dibiarkan lama selepas dituai di ladang atau dipusat pengumpulan dan mempunyai ciri ciri berikut
- Tangkai tandan telah kecut dan lembut serta berwarna perang-kehitaman
- Banyak buah telah gugur daripada lapisan luar tandan; dan
- Buah yang masih melekat pada tandan berwarna kemerahan

Tandan Rosak
Ialah tandan yang lebih daripada 30% buahnya telah rosak diserang oleh makluk perosak, misalnya tikus

Tandan Dura
Ialah tandan yang buahnya mempunyai salah satu atau lebih ciri buah Dura yang berbeza daripada ciri buah Tenera seperti berikut

Tandan Tangkai Panjang
Ialah tandan yang mempunyai tangkai melebihi daripada 5cm diukur dari paras terbawah tandan ke hujung tangkai.

Tandan Kecil
Ialah tandan yang beratnya kurang daripada 2.3kg.

Tandan Tidak Segar
Ialah tandan yang telah dituai lazimnya melebihi 48 jam sebelum dipasarkan.

Tandan Partenokarpi
Ialah tandan yang buahnya terbentuk tanpa melalui proses pendebungaan dan tidak mempunyai isirung. Lazimnya Tandan Partenokarpi mempunyai ciri-ciri berikut:
- Tandan tidak normal dari segi saiz atau kepadatannya atau
- Mempunyai lebih daripada lima puluh (50%) buah partenokarpi

Buah Relai
Ialah buah yang gugur dairpada tandan segar kerana masak. Buah relai hendaklah dihantar ke kilang Bersama-sama dengan tandan segar dalam masa 24 jam selepas dituai. Penghantaran atau penjualan Buah Relai secara berasingan daripada tandan segar tidak dibenarkan kerana ianya boleh menjejaskan kadar perahan minyak di kilang. Perbuatan meleraikan tandan untuk mendapatkan buah relai adalah dilarang sama sekali
