Seminar Memperkukuh Kemampanan Industri Sawit di Sabah tahun 2025
KPOM telah menyertai seminar anjuran Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah dengan kerjasama Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi Jabatan Alam Sekitar pada 3 Julai 2025 di Hotel Suria 7, Kota Kinabalu.


Salah seorang penceramah adalah En. Yaras Bin Hj Yusup, Timbalan Pengarah, Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah.
Antara perkongsian yang disampaikan adalah pertama, Pematuhan Kilang Kelapa Sawit di Sabah dan Isu-isu semasa. Kedua, Perlesenan KKS (Polisi & arahan terkini) dan perlaksanaan eSWIS Versi 2. Perkongsian ketiga adalah tentang Operasi Kilang kelapa sawit: 25 perkara penting yang KKS perlu tahu.
